Iron Maiden II




Ya berjumpa lagi didalam episod kesambungan cerita Iron Maiden ni....
part ni aku akan cerita apa yang boleh aku cerita ye....

Ha kira pengunduran Bob Sawyer adalah berdasarkan faktor persaingan didalam permainan gitar Dave Murray la agaknya kot....sebab aku kurang paham skit bila part ni dikemukakan hehehe....kalau salah maafin saya dong kikiki.....dan selepas mengharungi saat² persembahan yang berturut-turut di The Bridgehouse, Dave pula dipecat oleh Dennis setelah Dave bergabung bersama teman lamanya iaitu Urchin untuk band Andrian's Smith.Lepas sorang..sorang wat hal.....haha

Dengan semua masalah yang timbul, band ini memutuskan untuk meninggalkan sementara konsep gitar berkembar dan Terry Wapram bergabung sebagai satu-satunya gitaris dan Tony Moore direkrut pada keyboard. Ron Rebel pula memutuskan untuk menarik diri akibat daripada tekanan dan gangguan yang tidak dapat ditangani oleh beliau...mental ke?haha...Tengok betapa susahnya nak jadi rockers terhebat...adoi...salute la mereka2 ni....dan diganti pula oleh saudara Barry Purkis yang lepas tu tukar namanya kepada Thunderstick.

kekapal terbang iron maiden...cuba teka siape pilot die????
ni diaaa pilot ituuuuuu hahahaha...............bruce dickinson

Maka line-up baru bermain lah satu persembahan di The Bridgehouse dan sangat jelas bahawa keyboard adalah masalahnya..dan keluarlah Moore diikuti Wapram apabila mereka mengakui tidak boleh bermain tanpa keyboard..kalau nak di cerita la kan...semua nya tentang kemasukkan dan pemergian ahli² Iron Maiden ni...dah penat berfikir Steve pergi pujuk si Dave untuk join Iron Maiden semula dan si Thunderstick pulak nak blah dari Iron Maiden dan jangan risau ada pengganti lagi kali ni posisi itu di ambil pula oleh Dough Sampson dan interview untuk vokalis baru dijalankan..kawan kepada Steve memperkenalkan Paul Di'Anno, Paul lulus cemerlang didalam uji bakat itu dan Iron Maiden membuat persiapan untuk membuat "comeback"..perkara menjadi agak susah pada tahun 1977 kerana era revolusi Punk / New Wave mula bersayap sepenuhnya dan kebanyakkan venue² hanya akan mengambil "new wave acts" sahaja...

Mereka terima jemputan untuk persembahan, tetapi dengan syarat mereka perlu memotong rambut "and go Punk"...tidak perlu cakap apa²...agak² apa yang Steve Harris cakap balik???
hurmmm..memang takdela nak kan......

1977 punk acts




Pada akhir 1978, situasi telah cukup untuk membolehkan band ini untuk bekerja dan
melakukan comeback dan mendapatkan persembahan biasa. Mereka sedar bahawa mereka
memerlukan demo dan sebagainya, dan pada malam tahun baru mereka berada di Spaceward Studios berdekatan Cambridge, merakamkan lagu "Prowler", "Invansion", "Strange World" dan Iron Maiden" kos sesi rakaman itu berharga £200 dan sebanyak itu sahaja mereka miliki,jadi band ini tidaklah mampu untuk membeli master tape.Master tape itu ditinggalkan, sementara mereka mempunyai duit yang cukup untuk mengambilnya...nak dijadikan cerita...selang beberapa minggu kemudian mereka pergi semula ke studio rakaman itu dan master tape itu telah hilang yang tinggal hanya kaset dari sesi rakaman original yang belum di edit dan belum di mix...


Dave memberikan salinan kepada Neal Kay, seorang DJ dengan kecintaan terhadap muzik rock keras dan penganjur bagi malam rock yang diadakan di The Soundhouse, yang berjiran dengan Bandwagon pub di Kingsbury,Utara London.Iron Maiden kini telah menemui cara yang senang dan mudah untuk book gig² dan mendapat tempat di The Ruskin Arms bertempat di Manor Park.

Memeranjatkan Neal apabila beliau memainkan rakaman itu di malam Soundhouse dan telah rakaman itu telah menjadi item yang paling diminta untuk didengari selama berbulan² dan pada itu Iron Maiden mula bermain disitu. Dan rakaman itu telah menarik perhatian Rod Smallwood. Teman sepermainan ragbi, Rod yang juga berkerja dengan steve telah mendengar dan mengenali band ini dengan lebih dekat, dan menawarkan dirinya untuk menjadi pengurus bagi Iron Maiden.Rod dengan hebat telah mengaturkan gig² diseluruh negeri untuk memberi nama kepada Iron Maiden
dan untuk mendapatkan syarikat rakaman di pusat bandar London.

Pada 13 oktober,gig di The Marquee..wakil dari EMI, John Darnley datang untuk menyaksikan persembahan Iron Maiden..dan dengan selamber si Rod ni bertaruh dekat si John ni yang tiket sebanyak 700keping(700fans) akan sold out menjelang pukul 7malam...dah memang Iron Maiden ni best kompom2 la si Rod tadi menang bertaruh..
Iron Maiden akhirnya menandatangani kontrak bersama EMI hasil dari pertaruhan Rod tadi...


Apa yang telah ditaip ini adalah sesuatu yang tidak ada kesudahan didalam muzik yang dibawa oleh power rangers giler baboon ini di arena heavy metal
IRON MAIDEN!!!!!!!!!!!

de lagi crite sebenarnya bila Bruce lak masuk join camne eddie jadi maskot pe sume nanti la aku sambung ye....

aboi melaporkan...

No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha