Iron Maiden I

ok post kali ni aku nak review sal band feveret aku....
dan atas permintaan incik panjang...
ha kalau nak tau ni la lagu² pembakar semangat aku masa meniaga beger dolu² haha...iaitu....

IRON MAIDEN


Ha permulaan bagi kehebatan era heavy metal Iron Maiden ni bermula pada tahun 1971,pabila seorang budak berusia 15 tahun yang bernama Steve Harris tetiba terpengaruh dengan band rock British, Wishbone Ash dan Jethro Tull...dengan itu steve telah dengan selamber membeli bass Telecaster berharga £40 untuk permulaan menatnya haha...
Pada mulanya Steve Harris telah menabur cita² untuk bermain dengan pasukan bola sepak kesayangannya iaitu West Ham,dan pada masa itu pemilihan bagi pemain remaja amatlah sedikit untuk pemain terpilih mencapai ke tahap professional game.

Dengan latihan yang ketat dan permainan bola sepak yang berterusan,
bermakna beliau tidak dapat meluangkan masa bersama kawan² untuk pergi minum², pergi gig, kacau budak² perempuan..yelah budak² lagi time ni..rasa ralat la lepas semua tu nanti kan haha adoi macam² pe'el...Selepas berfikir secara panjang dan lebar...akhirnya Steve Harris mengalah dan melepaskan cita²nya untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional bagi Club West Ham kesayangannya itu...dan mula menyelami ilmu kebatinan muzik rock...dan mula berjamming bersama² rakan dan taulan hingga tertubuh sebuah band yang bernama Influence yang kemudian di tukar kepada Gypsy's Kiss.

Iron Maiden ditubuhkan pada hari krismas tahun 1975, tidak lama selepas steve harris meninggalkan band lamanya yang agak menat tak menat nak main muzik itu..Iron Maiden diberi nama oleh steve harris selepas beliau menonton cerita yang diadaptasi dari novel "The Man In The Iron Mask" dan bukan daripada nama pasaraya maiden ye haha..dan nama diberi sempena nama alat penyeksaan zaman dolu² iaitu "iron maiden torture device".
ha ni alat untuk seksakan umat manusia tu taraaaaa......

Steve Harris dan Dave Murray adalah line up yang paling lama bertahan untuk band ini..
maknanya takde siape la ganti kan tempat diorang macam vokalis pertama diorang yang bernama Paul Day yang amat tak bersemangat waja dan saga diatas pentas rock mereka..maka kena tendanglah Paul dari band ni dan diganti pula oleh peminat fanatik dan fantastik "KISS"..iaitu Dennis Wilcock yang suka main darah tipu,cat muka jadi putih, main api, ha semua tu dia buat semasa persembahan live diorang haha pelik²...dengan penglibatan Dennis ni, maka kawan beliau iaitu Dave Murray pon terjebak lah sebagai guitarist untuk iron maiden ini....dan menyebabkan pemain gitar mereka yang lama iaitu Terry Rance dan Paul Sullivan rasa terhina dan meninggalkan Iron Maiden akhirnya.

Pada tahun 1977, Iron Maiden recruit seorang lagi guitarist iaitu Bob Sawyer untuk posisi gitar kedua,dan Ron Rebel pada posisi drum, maka terbentuklah sebuah band yang tetap ahlinya setelah sekian lama manjang tak cukup je line up haha...
maka bermulalah persembahan² gig Iron Maiden yang dijalankan diserata Timur London dan Iron Maiden mula menggumpul segala peminat,pemenat,dan crowd yang rata² dari penduduk tetap London.Dah nak meletop band ni ada je masalah lagi selepas 6 bulan line up Iron Maiden berubah lagi...Bob Sawyer meninggalkan Iron Maiden,

sebab ape?
ha kita sambung lagi nanti la ye...




dilaporkan oleh..
aboi c.

No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha