Photo: rajakereta.com pinjam eh..
Ya, tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kita bertemu semula dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan...
Dalam keadaan yang tidak sihat ni, tiada alasan untuk aku ponteng.. in sha Allah...
Mari selami bulan mulia ini dengan lebih baik dari yang sebelumnya.
Jom puasa!!!!!!!!!
Repost :
Ramadhan kian hampir...masih ingat niat-niat yang perlu kita baca?
Mari kita semak....
Niat Satu Hari :
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Maksud :
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "
Niat Satu Bulan Puasa :
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"
Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika
ya arhamarrohimin
Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
No comments:
Post a Comment
Sikit Juga Kasi Kumen Macha