Apabila
roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang
yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan
wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu
berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut
rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri
majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab
mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat
maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu
menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
No comments:
Post a Comment
Sikit Juga Kasi Kumen Macha