Hikayat Halimunan Abad Ke 21 - Jejak Tanah



Ok pada entri kali ni aku nak review pasal album dari band Monoloque iaitu Hikayat Halimunan Abad Ke 21 Jejak Tanah, dah dapatkan di kedai-kedai berhampiran? Belum? Rugi....dah dapatkan album dari Justin Bieber? belum?Rugi...Rugi beli hehehe..ok2 bergurau....aku taknak panaskan follower JB tu ok haha...sambung....

Ok aku beli, aku dengar, baca lirik dan usha penuh minat poster yang diberi oleh Cik Sweet si salesgirl Speedy hehe..even dah kemot kemot tapi still dapat..tapi mana poskad ? La speedy tu tak bagi poskad..cis lupa rupanya nak mintak...lagipun dah last copy yang tinggal so no wonder la merchandise pon limited...ok takpe...



Nampak sangat laris jualan album ni kan...di laman twitter ramai yang mengadu toko toko yang menjual album Jejak Tanah ni dah banyak yang sold out...oppss jangan risau ada lagi copy yang akan dihantar kata En Loque..

Ok Monoloque..kenal? siapa? bukan band kpop bukan band cikenpop jua bukan eskrim pop pop mereka adalah band yang one of the kind ada dekat Malaysia ni, dengan trademark mereka yang tersendiri alunan muzik yang tersendiri serta originality yang sangat "PADU" yeah padu....dan muziknya mestilah ada pengaruh dari band-band kegemaran mereka kan...


Mereka adalah barisan tentera Monoloque : Loque (suara utama, pelbagai gitar dan piano), Ijoo 'Gagak Hitam' (gitar utama), Dak ( Bass, papan kekunci dan perkusi), Loko ( penjaga rentak, dram, perkusi dan suara latar) dan Apek ( papan kekunci, gitar dan perkusi). haha sebijik-sebijik ayat dalam album...

Dengan album sulung Hikayat Halimunan Abad ke 21 Jejak Tanah yang dibikin selama dua tahun ni dan hasil sepenuhnya dari En.Loque rasanya sangat berbaloi untuk korang miliki...secara pendapat peribadi aku inilah muzik yang sangat muzik...errr aku angkat sangat ke? hahaha tapi dah nama pun pendapat peribadi....dengan adanya elemen rock n roll dan elemen klasik nusantara ianya menjadi hasil yang sangat menarik dalam album ni, antaranya Batu Belah Batu konkrit (Bonda) diapit suara bersama Azlina Aziz penyanyi lama ni,watak sebagai "Bonda" didalam lagu tersebut, ia sangat memberi kesan pada telinga dan hati aku.. tersangat melayulah irama dan lagunya..lagu ini jugak menjadi ost penghabisan bagi cerita Parit Jawa, tengok cerita ni then korang dengar lagu Bonda fuuuhhhh speechless menangkap kalbu...tahniah Monoloque!!

mesti tengok...best sangat..

Juga bergandingan bersama penyanyi kecil molek ala tomey-tomey Atilia didalam lagu Kekanda Adinda antara lagu best pilihan hati..

Antara lagu feveret aku dalam album ini adalah...Kupu-Kupu Malam (Bunyikan Semboyan), Cinta , Gurindam Hutan Batu, Hapuskan Air @ Matamu, Batu Belah Batu Konkrit (Bonda), Kekanda Adinda, Tiada Kata Secantik Bahasa -  cover dari lagu Tan Sri P.Ramlee dengan gaya Monoloque dan Penghormatan Terakhir.. ok ni lagu-lagu feveret aku.....eh semua rupanya lagu feveret aku hehehe....

Over sangat aku review?? haha sendiri kasi dengarlah baru tahu langit tu tinggi ke sangat lagi tinggi....siapa lagi nak support kalau bukan kita..seni indah dari Monoloque ni sangat aku kagumi....sekurang-kurangnya kagumlah dengan anak bangsa kita yang lahirkan seni tak kira lah dari band mana atau penyanyi mana, yang penting hasilnya "berkualiti", itu yang kita mahu kan? yeah Padu!

Untuk Info yang lebih tentang album Hikayat Halimunan Abad Ke 21 - Jejak Tanah silalah ke monoloque.com

No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha