Apa Yang Terjadi Dengan Anugerah Planet Muzik 2011 Di Singapura?


Aku ni bab-bab anugerah-anugerah ni agak kureng sikit nak fokus , kalau lah ada benda yang lebih syok nak buat mesti aku make donno je dengan anugerah-anugerah macam ni...tapi disebabkan kebosanan yang melanda aku pon melayan la Anugerah Planet Muzik yang berlangsung secara live di Singapura melalui channel "berbayar" Astro Ria.

Dan ini pemenang bagi setiap kategori :


  • Vokal terbaik artis baru wanita - Amanda Amani (Lagu: Selami Cinta)
  • Vokal terbaik atris baru lelaki - Sandhy Sandoro ( Lagu: Bunga Mimpi)
  • Vokal terbaik duo/kumpulan baru - Anna Rafali, Sohaimi Meor Hassan, Ultimate (Lagu: Kalau Berpacaran)
  • Duo/Kumpulan Terbaik - Ning Baizura, Shalin, Jaclyn Victor (Lagu: 3 Suara)
  • Lagu terbaik Singapura - Lagu Teman The Lion Story feat. Zahidah Haramain Osman Haramain Osman
  • Artis Singapura paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu terbaik Malaysia - Hafiz (Lagu: Awan Nano)
  • Lagu Terbaik Indonesia - Ari Lasso (Lagu: Cintailah Aku Sepenuh Hati)
  • Lagu Singapura paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu Serantau paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu Terbaik Keseluruhan -  Hafiz (Lagu: Awan Nano)
  • Artis Serantau Paling Popular - Siti Nurhaliza
  • Artis Wanita Terbaik - Rossa Harmoni Jalinan Nada & Cerita 


Yang menjadi sangat dan langsung aku @#$%^&^ masa menonton tu..Ya Rabbi...sound sistem antara yang terhodoh aku dengar untuk sesuatu majlis yang besar gini..aduh...nama pon anugerah muzik macam mana sound sistem langsung takde kualiti..nak salahkan siapa? sound man? organizer? management? artis? instrument? musician? sound man? organizer? organizer?haha...

Tapi itu dari telinga aku la..mana tau ada yang cakap sound malam tu antara yang terbaik..errr??naaaa...it really sucks my ears...seriously kalau korang tengok memang  -_-" ...sedap sikit je sound dari kedai makan berkaraOke pakcik mat. Mungkin sebab tu ke artis-artis malam tu semua macam down? hurmm..

Okeh aku tahan lagi tengok kan so layan je siapa menang, perform, menang, menang, menang, blalalala...menang dan sampai lah ke giliran Dato Siti kita bagi memenangi kategori "Artis Serantau Paling Popular" baru je nak cakap dan nangis-nangis dapat award PAP!!!! Siaran tertunda, signal lost ....tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttt tripped which wire pon tak tahu la..wire kat kepala diorang kot haha...

Satu ending yang sangat memberi impak maksima tatkala sedang menonton dan menunggu ucapan yang tetap akan sama" terima kasih tu terima kasih ni, eh lupa..kat sinun juga terima kasih.." dan haih memang potong la tunggu punya tunggu tau tau dah habis...arghh sakit hati kenapa tiba tiba signal lost?? sabotaj ke hape?..haha

Ape pon good effort for those who trying to make this award super duper success eventho it really sucks at the end acctually dari mula pon agak mengarut...nasib baik Lady Gagal Didie Alias ada..tak la terpaksa keras nak berbahasa baku sekalian alam haha..nice job didie alias..naik seri malam Anugerah Planet Muzik 2011 Singapore . :) peace.




No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha