New Mobile Phone review- Samsung Galaxy S II

Adakah anda tahu apakah menatang ini? Ya inilah model handphone cerdik pandai-pandai terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy S II...dengan body yang slim umpama Jessica Alba dan paparan skrin yang terlampau HD dan pemandangan yang luas seakan-akan melihat pada tv LCD 97inci anda..hehe..Telefon bimbit dari Samsung ini bakal mengemparkan dada-dada para follower Samsung atau mengesalkan sesiapa yang pernah membeli model yang terdahulu...seperti aku..cis!!...Dengan body bersaiz 8.49 mm slim phone ini lebih elegan, mewah dan senang untuk di pegang atau senang nak masukkan ke mana-mana saku atau kocek atau poket seluar skinny...Telefon slim cerdik pandai-pandai ini juga ditambah dengan applikasi 3D TouchWiz UX.


Mari kita lihat apa aplikasi yang ada.









1. New Personalizable UX


Aplikasi  DROP di mana anda dapat mengakses terus ke content yang anda ingini..Kira kalau ada aplikasi yang anda selalu guna dan nak letak ke bahagian screen depan itu anda hanya select and drop ke screen utama...contoh : gallery, music, video, etc...so senangkan klu ada shortcut...hanya dengan aplikasi Samsung Personalizable UX!


2. Readers Hub


Almari buku anda hanya sebesar tapak tangan anda sahaja..haaa..power kan, berjuta-juta buku atau majalah anda boleh membaca melalui reader hub ini...buleh setup 2500 majalah dengan 20 bahasa yang anda mahu...1600 surat khabar dengan 47 bahasa. Jangan risau confirm anda tak sakit mata bila membaca kerana aplikasinya yang hebat membuatkan paparan sangat jelas.


3. 8MP Camera with LED Flash


Dapatkan gambar anda yang menarik, cantik dengan kamera 8MP auto fokus. Dengan built-in flash LED gambar akan lebih jelas walaupun dengan tahap pencahayaan yang rendah maka cantik lagi beautiful la gambar-gambar anda untuk di upload di facebook ye..hehe. Aplikasi Android Gingerbread juga sangat membantu anda untuk menggunakan camera ini.


4.Full HD Recording & Playback
Dengan 1080p Full HD recording untuk video ini akan membuatkan anda seperti seorang pelakon dan bintang ketika rakan-rakan atau keluarga anda cuba merakam gambar anda ketika anda sedang sibuk menari keseorangan dilaman rumah. Merakamkan aksi dengan resolution yang tinggi dan didalam dual core speed. Anda boleh terus memainkan rakaman HD dengan kejelasan yang luar biasa pada 4.3 "skrin AMOLED SUPER Plus


Lain-lain Aplikasi Best adalah:

  • Samsung Dual Core Application Processor
  • Samsung Kies 2.0 & Kies air
  • AllShare
  • HSPA+ 21Mbps.
  • Wi-Fi Direct
  • PC-like Web Browsing
  • Voice Recognition & Voice Translation
  • Social Hub
  • NFC (Near Field Communication)
  • Music Hub
  • Game Hub
  • ETC.

Untuk detail yang lebih padat sila ke web ini SAMSUNG GALAXY S II

No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha