Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts

Masakan & Makanan Negeri Sembilan Kesukaan Aden


Salam, setelah sekian lama menghilangkan diri kini aku nak post sikit berkaitan makanan kesukaan aku di Negeri Sembilan (selepas ini disebut Nismilan). Disebabkan abah aku memang pure Nismilan, kalau pergi London pon dia bantai cakap loghat Nismilan dia, tak dipedulinya orang lain..hehe..so Mak aku yang lahirnya di Perlis terus ke Pahang dan register surat beranak di Selangor kini bermaustatin di Seremban terpaksa dan akhirnya rela hati belajar masakan-masakan yang ada di Nismilan ni. Ending dia mak aku paling POWER masak dari Chep chep restoran hotel five stars oh yeah i love you omak....

Jadi list makanan ni adalah list kesukaan aku, korang punya kalau tak ada lantaklah ye..
Masakan ni belum tentu mak aku masak mungkin dimasak atau dibeli di pasar-pasar tani di Juasseh, Pilah, Rembau, Senawang mahupun di Bahau hehe..
Okay yang pertama;
(maap ye gambar dari google ye..pinjam sat)

Gulai Kuning Ayam Cili Api Ada Kentang Lagi Syiok / Masak Lemak Ayam Cili Api (Wajib)
















12 Suku Negeri Sembilan

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..




Suku dan Perut


Masyarakat melayu kat Negeri Sembilan ni akan dikelaskan mengikut suku yang akan diwarisi dari nenek moyang diorang, ada 12 suku yang ada kat Negeri sembilan yang pertama Biduanda ,Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu. Semua suku ni akan diturunkan dari suku  Ibu diorang dan bukan mengikut dari suku ayah diorang dan sebab itulah dipanggil "Perut", suku akan dikelaskan melalui Perut bukan dari perut boroi ke leper ke 6 pax ke tau heehe.  

Katakan lah ayahnya dari suku sri lemak dan berkahwin dengan orang luar contoh dari K.L la kan dan tiada kena mengena dengan suku sakat semua ni, maka anaknya akan habis sukunya..kira dah habis la suku tu..ilek zero kosong, dan boleh berkahwin mana-mana suku pon tanpa terikat dengan Adat Perpatih itu .


Melainkan ibunya berkahwin sesama orang Nogori dan lain suku maka suku anaknya itu adalah dari ibunya a.k.a Perut. Contoh ibu Paya Kumboh ayahnya Tiga Batu so anaknya adalah Paya Kumboh lah. Pantang larang kahwin sesama suku ni sangat kuat dan amat dilarang, sebab tu kalau kita nak kahwin dengan orang Nogori ada "Orang Lama" yang akan tanya kita ni asal usul dari mana, silap-silap sesama suku meraunglah bakal pengantin takleh kahwin. :)


Kalau katalah jadi kahwin sesama suku kat Negeri Sembilan ni walau pon dibantah keras kerana adat yang dipegang maka hasil dari perkahwinan a.k.a "Anak" yang akan dilahirkan menjadi cacat dan tak sempurna, dan berkemungkinan jodoh tidak akan berpanjangan, Wallahualam. Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah bukan kita yang tentukan.




Agak pening jugak nak main-main dengan suku ni..sebab Adat Perpatih ni sangatlah istimewa bagi aku sebab unik dan takde kat mana-mana Negeri lain kat Malaysia ni, dan adat yang dipegang seringkali disalah erti dan ramai yang tak faham dengan adat nogori ni...sebenarnya adat ni kalau dalam erti sebenar adelah Law ataupon Undang-undang yang dibuat oleh Negeri Sembilan dan adat dari Minangkabau.


Walaupon suku yang dipegang oleh Abah aku dah habis kat aku dan adik beradik (suku Sri Lemak ), kira aku pon dah bebas dari suku ni sebab Abah aku kahwin dengan mak aku dari Selangor tapi aku still bangga aku ada darah orang Nogori walaupon Perut dah takde, Tapi Atok cakap aku still buleh tumpang suku Abah aku lagi dan aku pon terus lost tak faham sebab cerita suku dari dia ni tak habis aku tanya dia nak blah haha....


Melainkan haaa ada lagi melainkan tu..hehe melainkan aku kahwin dengan gadis dari Negeri Sembilan dan anak aku akan terus mewarisi legasi suku ibunya....
Jadi aku akan terus explore tentang Suku dan Adat Perpatih ni, sangat best.


Maaf kalau ada info yang salah dan harap dapat dibetuli. :)


Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati



reff dari : Lembaga Muzium Negeri Sembilan