Showing posts with label Celebrities. Show all posts
Showing posts with label Celebrities. Show all posts

Paul Walker Jadi Sejarah Fast and Curiosity?


Salam, dunia dikejutkan dengan kematian seorang bintang Hollywood terkenal (30November2013) Paul Walker yang membintangi filem-filem hebat seperti Fast and Furios dan segala episod berkaitannya, Aku tau dah ramai yang posting benda ni, dan dah ramai yang tau punca kematian beliau adalah kemalangan kereta yang dahsyat, dipandu oleh rakan beliau Roger Rodas seorang pelumba kereta yang berpengalaman.

Kemalangan itu terjadi di Valencia, utara Los Angeles melibatkan sebuah kereta Porche merah milik kawannya. Yang peliknya ada pihak yang menyangkal kematian beliau..sahih tak sahih tak kisah lah tapi lepas ni mungkin watak Brian ditukar atau dimatikan dalam next filem Fast and Furios.

Jom tengok gambar kemalangan dan story kemalangan di BBC.

Hikayat Halimunan Abad Ke 21 - Jejak Tanah



Ok pada entri kali ni aku nak review pasal album dari band Monoloque iaitu Hikayat Halimunan Abad Ke 21 Jejak Tanah, dah dapatkan di kedai-kedai berhampiran? Belum? Rugi....dah dapatkan album dari Justin Bieber? belum?Rugi...Rugi beli hehehe..ok2 bergurau....aku taknak panaskan follower JB tu ok haha...sambung....

Ok aku beli, aku dengar, baca lirik dan usha penuh minat poster yang diberi oleh Cik Sweet si salesgirl Speedy hehe..even dah kemot kemot tapi still dapat..tapi mana poskad ? La speedy tu tak bagi poskad..cis lupa rupanya nak mintak...lagipun dah last copy yang tinggal so no wonder la merchandise pon limited...ok takpe...

Bieber Joker

JUST FOR FUN!!!

MANIPULATED BY ME...
DONT GET MAD ALL BIEBERS...
HAHAHAHAHA

Noel Gallagher Fashion And Guitar Pictures


Anda kenal Oasis maka anda akan kenal pemain gitar utama kumpulan itu dan antara guitarist feveret aku iaitu Noel Gallagher.....Hari tu aku ada review tentang fashion dari abang beliau iaitu Liam Gallagher, penyanyi kumpulan Oasis dan bukan penceramah bebas di Astro Oasis okeh... Kali ini aku review adiknya punya fashion dan gitar yang dipakainya dalam berbentuk gambar...tajuk tulis omputeh isi bahasa malaysia haha layan kan je la.... huuuuiiii....

Amy Winehouse Died And Joined 27 Club!!


Penyanyi terkenal dengan lagu-lagu soul-jazz, Amy Winehouse telah ditemui mati di flatnya di Camden Square Utara London pada 4petang 23Julai oleh paramedik dan mengesahkan Amy telah mati ditempat kejadian dan punca kematian Amy dikatakan dari pengambilan dadah yang berlebihan. Satu lagi artis/penyanyi  terkenal yang mati ketika berusia 27 selain dari Kurt D. Cobain, Jimi Hendrix, Jim Morrison, Janis Joplin etc.. yang dah join "27 Club".

Anak kepada Ozzy Osbourne, Kelly Osbourne yang bersahabat rapat dengan Amy a.k.a pembimbing rakan sebaya supaya Amy berhenti dari ketagihan dadah ini merasakan teramat sedih sehingga beliau bertweet di Twitter sebegini :  "I cant even breath right now im crying so hard i just lost 1 of my best friends. i love you forever Amy and will never forget the real you!". Sabar okay rakan anda telah memilih jalan yang sangat bijak untuk menjadi Lagenda. :)


Apa Yang Terjadi Dengan Anugerah Planet Muzik 2011 Di Singapura?


Aku ni bab-bab anugerah-anugerah ni agak kureng sikit nak fokus , kalau lah ada benda yang lebih syok nak buat mesti aku make donno je dengan anugerah-anugerah macam ni...tapi disebabkan kebosanan yang melanda aku pon melayan la Anugerah Planet Muzik yang berlangsung secara live di Singapura melalui channel "berbayar" Astro Ria.

Dan ini pemenang bagi setiap kategori :


  • Vokal terbaik artis baru wanita - Amanda Amani (Lagu: Selami Cinta)
  • Vokal terbaik atris baru lelaki - Sandhy Sandoro ( Lagu: Bunga Mimpi)
  • Vokal terbaik duo/kumpulan baru - Anna Rafali, Sohaimi Meor Hassan, Ultimate (Lagu: Kalau Berpacaran)
  • Duo/Kumpulan Terbaik - Ning Baizura, Shalin, Jaclyn Victor (Lagu: 3 Suara)
  • Lagu terbaik Singapura - Lagu Teman The Lion Story feat. Zahidah Haramain Osman Haramain Osman
  • Artis Singapura paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu terbaik Malaysia - Hafiz (Lagu: Awan Nano)
  • Lagu Terbaik Indonesia - Ari Lasso (Lagu: Cintailah Aku Sepenuh Hati)
  • Lagu Singapura paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu Serantau paling popular - Hady Mirza (Lagu: Angkasa)
  • Lagu Terbaik Keseluruhan -  Hafiz (Lagu: Awan Nano)
  • Artis Serantau Paling Popular - Siti Nurhaliza
  • Artis Wanita Terbaik - Rossa Harmoni Jalinan Nada & Cerita 


Yang menjadi sangat dan langsung aku @#$%^&^ masa menonton tu..Ya Rabbi...sound sistem antara yang terhodoh aku dengar untuk sesuatu majlis yang besar gini..aduh...nama pon anugerah muzik macam mana sound sistem langsung takde kualiti..nak salahkan siapa? sound man? organizer? management? artis? instrument? musician? sound man? organizer? organizer?haha...

Tapi itu dari telinga aku la..mana tau ada yang cakap sound malam tu antara yang terbaik..errr??naaaa...it really sucks my ears...seriously kalau korang tengok memang  -_-" ...sedap sikit je sound dari kedai makan berkaraOke pakcik mat. Mungkin sebab tu ke artis-artis malam tu semua macam down? hurmm..

Okeh aku tahan lagi tengok kan so layan je siapa menang, perform, menang, menang, menang, blalalala...menang dan sampai lah ke giliran Dato Siti kita bagi memenangi kategori "Artis Serantau Paling Popular" baru je nak cakap dan nangis-nangis dapat award PAP!!!! Siaran tertunda, signal lost ....tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttt tripped which wire pon tak tahu la..wire kat kepala diorang kot haha...

Satu ending yang sangat memberi impak maksima tatkala sedang menonton dan menunggu ucapan yang tetap akan sama" terima kasih tu terima kasih ni, eh lupa..kat sinun juga terima kasih.." dan haih memang potong la tunggu punya tunggu tau tau dah habis...arghh sakit hati kenapa tiba tiba signal lost?? sabotaj ke hape?..haha

Ape pon good effort for those who trying to make this award super duper success eventho it really sucks at the end acctually dari mula pon agak mengarut...nasib baik Lady Gagal Didie Alias ada..tak la terpaksa keras nak berbahasa baku sekalian alam haha..nice job didie alias..naik seri malam Anugerah Planet Muzik 2011 Singapore . :) peace.




Selebriti Barat Dengan Tenggiling Empat Roda Mereka


Berbekalkan gaji yang tahap cipan banyaknya artis-artis yang masyuk ini dengan tidak segan silu membeli pacuan kesukaan mereka dari model yang sedia ada di show room hingga di custom made khas untuk mereka sahaja..Harga yang kadang-kadang tidak boleh dimasuk akal ini boleh mencecah  berjuta-juta dollar hanya untuk kepuasan diri mereka untuk memilikinya, 
mari kita lihat apa yang hebat sangat tenggiling mereka ini hehe...

Gambar Sazzy Falak, Nash Idrus, Iman Lily & Tiara Rose

Sazzy Falak, Iman Lily & Tiara Rose 

Nash Idrus & Tiara Rose

Kate Middleton berhijrah dari rumah kebayan ke istana bergaya




Kediaman Kate sewaktu membesar dahulu di West View, Bradfield Southern, Berkshire yang akan dilelong dengan harga £495000

Buckingham Palace

Dan disinilah kediaman terbaru Kate Middleton setelah beliau dengan rasminya menjadi pojaan hati Putera William pada 29 April 2011 yang lalu..Untunglah..

Congrats for your new born! Sazzy Falak Bersalin!





Tahniah kepada Sazzy Falak dan Nash Idrus dengan kelahiran twin baru mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose! Iman dilahirkan pada jam 8.24am (28/4/2011) manakala adiknya Tiara lahir selang beberapa minit selepas itu. Keduanya seberat sekitar 2kg dan kondisi ketiga-tiga beranak ini sangat baik... :))

Lady Gaga tergolek dog lagi?



Atlanta - Seorang penyanyi terkenal dan mempunyai rekod yang sangat baik ketika beraksi di atas pentas .................??? errr...telah dikatakan tergolek dog ketika sedang menyanyikan lagu Poker Face untuk Monster Ball Tour beliau di Atlanta. Seperti pepatah orang lama-lama berkata maka bertemu lah buku dengan ruas apabila Lady Gaga membuka Jaket nya dan melemparkan ke arah lawan angin iaitu hanya beberapa meter dari beliau sahaja... Dan dengan itu beliau telah memijak atau cuba mengalihkan bajunya menggunakan kaki errr...agaknya lah...dannnnnn....tergolek dog lah beliau di atas stage disaksikan ribuan peminat si Illuminati ini...kah kah kah kah......


Errrr memang tak alihkan baju guna kaki...tapi memang terpijak bodoh huahuahuahua...
kelakarlah Lady Gaga ni...haha kah kah..

Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur


Nampaknya peminat-peminat Justin Bierber boleh bergembira kerana semakin dekatnya konsert tour Justin Bieber pada 21April ini esok gamaknye wey. Dan bak kata Justin Bieber beliau sudah bersedia menghadap umat manusia di Malaysia!!!! err but sorry Bieber im not so into u hehe....just posting the info...


liam gallagher wear what?




Ha..anda kenal ini siapa? pada sesiapa yang tidak menggenali, beliau ini adalah penyanyi utama kumpulan pop british yang paling top pop star haha...dari kumpulan Oasis...kalau mendengar suaranya wah leleh...sengau mengeleh eleh pulak bila mendengarnya...tapi bagaimanakah rupa dan fesyen beliau? adakah seenak suaranya? mari lihat koleksi gambar Liam Gallagher....


Celebrities Yearbook picture

Kali ni mari kita lihat selebriti-selebriti punya muka masa zaman persekolahan?adakah cantik?lawa?hensem?macam kupang zebra?macam alien workshop?haaa joom lihat!




sylvester stallone




Paris Hilton

Lady Gaga punya sarung kepala gila!


Lady Gaga bersama daging masak merah di kepala dan handbag daging 
oink-oink di tangan

Bintang Paling Popular Berita Harian 2010



Ya kita sudah tahu siapakah "Bintang Paling Popular" untuk tahun 2010...iaitu "Shaheizy Sam Samad" pelakon utama bagi movie Adnan Sempit dan juga movie-movie pecah perut yang lain dilakon oleh beliau....Tahniah kepada Sam...gua caya sama lu der..hehe..


Walaupun aku tak tonton ABPBH ni dari awal..dok busy tengok movie dekat youtube hehe...sempat jugak aku tengok klimak ABPBH ni..haha memang barai aku tergelak...dengan gimik yang dibuat oleh Usop Wilca (Syed Mohamad Asri) bersama Abu Hurairah(Johan) cukup kelakar..haha....


Kepada pemenang-pemenang anugerah yang lain tahniah diucapkan kepada yang kalah cuba lagi tahun depan!!!








Korean Pop VS British Pop


                                  BigBang                                                                         Oasis


Inilah dia dua genre yang sama tetapi begitu banyak perbezaan yang dapat kita lihat dari segi performance, instrument, band members, dan lagu itu sendiri..K pop mula digilai oleh anak-anak gadis zaman sekarang baik dari tadika hingga ke student²  kolej dan seangkatan, hingga kepada emak² gadis sekali terlibat menyanyikan lagu Kpop ini di dapur mahupun ketika membasuh pakaian di sungai berhampiran.....Kpop mengetengahkan beberapa ahli atau pun sebatalion ahli didalam kumpulan walaupun kebanyakkan ahli band tersebut tiada fungsi asalkan muka hensem gadis² bersorak keriangan melihat muka mereka yang seakan-akan patung barbie doll wanita walaupun mereka adalah lelaki sejati..??err sejati ke? sissy...haha..Britpop...it's like a beautiful remedy dancing freely in your ears....fuuhh..tidak dikaburi oleh pakaian, rupa, mahupun gaya yang sissy..this is real man...!! talent sebenar yang diluahkan secara ikhlas melalui seni yang bergerak seiring dengan pengaruh dari lagu yang dibuat perghhh berdrama pulak aku..haha.....Bukan nak kutuk Kpop...tapi hati ni berat untuk bersorak keriangan apabila melihat begitu ramai ahli kumpulan berdansa di satu stage yang sama dan muka ala² jambu air kesukaan kak jah...yang peliknya peminat dimalaysia ni ramai yang faham bahasa Korea ek?? syabas..anda telah menambah 1 lagi bahasa ke dalam hidup anda...wah..ke pakai google translator?hehe..well ok la kan...But aku lebih suka 1 kumpulan yang mempunyai instrumen dan ahli kumpulan yang tidak besar lebih harmoni rasanya diselangi muzik live apabila menonton konsert live mahupun di youtube... hehe...Peace☺

Lucciano Pizzichini Guitar Hero Kecil

Lucciano Pizzichini 


Eight-year-old Argentine guitarist Lucciano Pizzichini, a.k.a. “Lucchy,” was recently voted Best Prodigy by theMiami New Times.
At the age of 3, Lucciano was already reading classical pieces by Carcassi. By age 4, he started formally reading specific guitar methods. By 6, he had completed the first method of guitar from the Berklee School of Music, as well as other classical guitar books. Lucciano has also shared the stage with such Latin superstars as Juanes, David Bisbal and guitar master Carlos Santana.
Lucciano Pizzichini is set to release his upcoming album, which will be supported by a global promotional campaign in Latin America, U.S. and Europe. Promotional pictures feature “Lucchy” with his Gibson Les Paul guitar, his guitar of choice. by - Gibson.com 


Memang idola kecil aku la Lucchy ni.. i love u man!!!