Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Masakan & Makanan Negeri Sembilan Kesukaan Aden


Salam, setelah sekian lama menghilangkan diri kini aku nak post sikit berkaitan makanan kesukaan aku di Negeri Sembilan (selepas ini disebut Nismilan). Disebabkan abah aku memang pure Nismilan, kalau pergi London pon dia bantai cakap loghat Nismilan dia, tak dipedulinya orang lain..hehe..so Mak aku yang lahirnya di Perlis terus ke Pahang dan register surat beranak di Selangor kini bermaustatin di Seremban terpaksa dan akhirnya rela hati belajar masakan-masakan yang ada di Nismilan ni. Ending dia mak aku paling POWER masak dari Chep chep restoran hotel five stars oh yeah i love you omak....

Jadi list makanan ni adalah list kesukaan aku, korang punya kalau tak ada lantaklah ye..
Masakan ni belum tentu mak aku masak mungkin dimasak atau dibeli di pasar-pasar tani di Juasseh, Pilah, Rembau, Senawang mahupun di Bahau hehe..
Okay yang pertama;
(maap ye gambar dari google ye..pinjam sat)

Gulai Kuning Ayam Cili Api Ada Kentang Lagi Syiok / Masak Lemak Ayam Cili Api (Wajib)
















Niat Puasa & Doa Buka Puasa










Photo: rajakereta.com pinjam eh..

Ya, tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kita bertemu semula dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan...

Dalam keadaan yang tidak sihat ni, tiada alasan untuk aku ponteng.. in sha Allah...

Mari selami bulan mulia ini dengan lebih baik dari yang sebelumnya.

Jom puasa!!!!!!!!!


Repost :

Ramadhan kian hampir...masih ingat niat-niat yang perlu kita baca?
Mari kita semak....




Niat Satu Hari : 
 Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Maksud : 
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "


Hikayat Halimunan Abad Ke 21 - Jejak Tanah



Ok pada entri kali ni aku nak review pasal album dari band Monoloque iaitu Hikayat Halimunan Abad Ke 21 Jejak Tanah, dah dapatkan di kedai-kedai berhampiran? Belum? Rugi....dah dapatkan album dari Justin Bieber? belum?Rugi...Rugi beli hehehe..ok2 bergurau....aku taknak panaskan follower JB tu ok haha...sambung....

Ok aku beli, aku dengar, baca lirik dan usha penuh minat poster yang diberi oleh Cik Sweet si salesgirl Speedy hehe..even dah kemot kemot tapi still dapat..tapi mana poskad ? La speedy tu tak bagi poskad..cis lupa rupanya nak mintak...lagipun dah last copy yang tinggal so no wonder la merchandise pon limited...ok takpe...

Beats By Dr. Dre Headphones Aku Pasti Nak Beli


Aku masih mencari headphone terhebat dan sedap dipakai dan diguna,  nah inilah dia.... Beats By Dr.Dre yang sangat memenuhi citarasa penggemar alam musikal sendirian seperti aku....dengan rekabentuk yang mengancam Beats By Dr.Dre memberi anda kepuasan dari segi audio yang hensem, noise isolation design (takde bunyi psssttttsststst), lebih bass dan bunyian vocal yang lebih dalam, dengan pad telinga yang comfort (err aku taktau apa nama yang sebenarnya)hehehe maka penuh dan tertutuplah lubang telinga anda tanpa mendengari apa yang Kak Melah tengah mengumpat kat sebelah... Sangat sesuai untuk music recording kerana bunyi tu sebijik-sebijik je dengar dan sangat detail.

Makna Wall Di Facebook





☑~ Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> WALL <--- ?
Ia memberi makna DINDING.

☑~ Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok (◕‿◕).

☑~ Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

☑~ Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

>>> Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

❀ ܓ Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.

Dengan rela hati ♥, saya memberi keizinan untuk sahabat share, copy foto dll. Semoga bermanfaat insyaAllah, amin. Syukran jazilan ◕‿◕. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Dari Facebook :  Muhamad Syuhada' dan di copy dari page Al Quran Dan As Sunnah add dan like mereka :), 
dengan niat untuk renungan semua :)

Dan Juara Piala Sumbangsih 2012 Dimenangi Oleh...



Juara Piala Sumbangsih 2012
Juara Piala Sumbangsih 2012 Negeri Sembilan!!!!!
Kelantan(1) VS Negeri Sembilan(2)
Stadium Nasional Bukit Jalil
7 Januari 2012

Gol Kelantan : Norshahrul Idlan Talaha 
Gol Negeri Sembilan : Jean Emmananuel Effa Owana 

Optical Illusion - Bulatan Berbiru Pening

Caranya...korang fokus dekat titik tengah tu then gerakkan kepala ke depan dan belakang....
tengok apa yang akan jadi ngehngehngehngeh!!

Jom Main-main dengan Google Search Box!


Pada yang boring-boring online tu meh kita ingat-ingat balik google trick kat search box!
Di search box Google cuba anda taip " let it snow " dan tekan ENTER
Di Screen monitor anda akan keluar salji...dan untuk hentikan tekan " defrost "
Boleh cuba ayat lain seperti
tiltaskew = screen monitor anda akan senget
recursion = akan keluar Did you mean : recursion? walaupon ejaannya adalah betul dan sama :p
• taip perkataan Gravity dan pilih link yang pertama sekali = Jaga-jaga nanti semua roboh!
• taip darkart google dan pilih link yang pertama...pergi ke logo GOOGLE dan huruf OO akan hilang
• taip Google Loco | Google 1337 | Google Gothic |  ewmew fudd | xx- piglatin dan pilih link yang pertama anda akan ke page yang lain / bahasa yang lain  untuk Google search. (nak lagi senang Off kan dahulu Google Instant predictions di search setting. dan tekan im feeling lucky sahaja :>
ada lagi try lah 


• backwords google
• blackle
• googoth
• easter google
• google my way
mungkin ada yang dah tak berapa nak function hehehe...

nak tukar nama Google ke nama anda di serach page? pergi ke www.goglogo.com  dan tukarlah!

Yeay!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

click gambar untuk lihat apa yang jadi. :)

Seminggu Lagi Rayalah

Hai Assalamualaikum salam sejahtera how are you? dan salam 1 Malaysia aku ucapkan kepada semua rakyat jelata di Malaysia mahupon yang berada diluar negara nuuuun jauh di sana hehe....


Berapa punya lama lah tak update entri baru daa...dan punyalah tiada masa untuk menaip butang-butang pada keyboard aku.. ah alasan semua tu..kalau nak berblog kena la pandai-pandai curik masa..haha...


Pejam celik pejam terbeliak dah nak raya kan...
Seminggu je lagi...
anda sudah membuat persiapan?
siapa?
aku?
eh tahun ni aku beli 3 helai baju je untuk raya...
tu pon dekat brand outlet je hehe..ekonomi merundum :(
Baju melayu 6 tahun lepas punya ada lagi dan buleh sarung lagi kan...
so harap-harap muat lagi..errrr....tak mungkin /sweat ......

Salam Ramadhan 2011

gambar dari facebook aboi cheney.


Hai..lama jugak tak update entri baru..busy sikit bulan puasa...hehe....Dikesempatan ini aku nak mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarakkepada seluruh umat Islam seluruh dunia.....Semoga amalan kita diterima pada bulan baik ini...amin....

12 Suku Negeri Sembilan

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..




Suku dan Perut


Masyarakat melayu kat Negeri Sembilan ni akan dikelaskan mengikut suku yang akan diwarisi dari nenek moyang diorang, ada 12 suku yang ada kat Negeri sembilan yang pertama Biduanda ,Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu. Semua suku ni akan diturunkan dari suku  Ibu diorang dan bukan mengikut dari suku ayah diorang dan sebab itulah dipanggil "Perut", suku akan dikelaskan melalui Perut bukan dari perut boroi ke leper ke 6 pax ke tau heehe.  

Katakan lah ayahnya dari suku sri lemak dan berkahwin dengan orang luar contoh dari K.L la kan dan tiada kena mengena dengan suku sakat semua ni, maka anaknya akan habis sukunya..kira dah habis la suku tu..ilek zero kosong, dan boleh berkahwin mana-mana suku pon tanpa terikat dengan Adat Perpatih itu .


Melainkan ibunya berkahwin sesama orang Nogori dan lain suku maka suku anaknya itu adalah dari ibunya a.k.a Perut. Contoh ibu Paya Kumboh ayahnya Tiga Batu so anaknya adalah Paya Kumboh lah. Pantang larang kahwin sesama suku ni sangat kuat dan amat dilarang, sebab tu kalau kita nak kahwin dengan orang Nogori ada "Orang Lama" yang akan tanya kita ni asal usul dari mana, silap-silap sesama suku meraunglah bakal pengantin takleh kahwin. :)


Kalau katalah jadi kahwin sesama suku kat Negeri Sembilan ni walau pon dibantah keras kerana adat yang dipegang maka hasil dari perkahwinan a.k.a "Anak" yang akan dilahirkan menjadi cacat dan tak sempurna, dan berkemungkinan jodoh tidak akan berpanjangan, Wallahualam. Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah bukan kita yang tentukan.




Agak pening jugak nak main-main dengan suku ni..sebab Adat Perpatih ni sangatlah istimewa bagi aku sebab unik dan takde kat mana-mana Negeri lain kat Malaysia ni, dan adat yang dipegang seringkali disalah erti dan ramai yang tak faham dengan adat nogori ni...sebenarnya adat ni kalau dalam erti sebenar adelah Law ataupon Undang-undang yang dibuat oleh Negeri Sembilan dan adat dari Minangkabau.


Walaupon suku yang dipegang oleh Abah aku dah habis kat aku dan adik beradik (suku Sri Lemak ), kira aku pon dah bebas dari suku ni sebab Abah aku kahwin dengan mak aku dari Selangor tapi aku still bangga aku ada darah orang Nogori walaupon Perut dah takde, Tapi Atok cakap aku still buleh tumpang suku Abah aku lagi dan aku pon terus lost tak faham sebab cerita suku dari dia ni tak habis aku tanya dia nak blah haha....


Melainkan haaa ada lagi melainkan tu..hehe melainkan aku kahwin dengan gadis dari Negeri Sembilan dan anak aku akan terus mewarisi legasi suku ibunya....
Jadi aku akan terus explore tentang Suku dan Adat Perpatih ni, sangat best.


Maaf kalau ada info yang salah dan harap dapat dibetuli. :)


Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati



reff dari : Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Sekarang Musim Demam

Haih dah seminggu aku demam ni..nak pergi klinik memang tak la..alergik sungguh tu..yang ada panadol dengan ubat batuk kelapa laut terbaik tu...so kepada semua elak-elakkan lah berembun, musim panas-hujan tambah lagi dengan jerebu sangat tidak sihat kepada manusia yang berantibodi rendah macam aku ni...kalau teruk sangat demam terus ke hospital ye jangan jadi macam akuuuu...haha...


p/s: PAKAILAH TOPENG JEREBU.kalau tak de topeng ultramen pon jadi.

Bebaskan Palestin


Warggghhhh....malam tadi lepas aku balik dari makan kat Seremban Jaya, aku layan la tv..sampai² je terus aku baring rehatkan diri depan tv...aku tgk mak bapak aku khusyuk layan Majalah 3...pe lagi aku pon join la kan..cerita malam ni menarik betul..kisah kekejaman tentera Zionis Israel...yang cuba melanun flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie, tak cukup2 lagi nak mendajal orang Islam yahudi ni...

Kesian betul rakyat Palestin, bila dunia nak membantu..ada je yang iri hati...masa aku tengok tu Majalah 3 tengah interview rakyat Malaysia yang pergi hantar bantuan tu la..nak cerita sume pon aku bkn ingat sangat pon haha...tapi memang best Majalah 3 malam ni...

Ada satu petikan dari rakyat Malaysia yang aku tengok kat Majalah 3 tadi..bila sampai kat pelabuhan tu..ada Yahudi ni mengucapkan "Welcome to Israel" pas tu rakyat Malaysia ni cakap.."This is Palestine not Israel" ha lebih kurang la ayat macam tu..pas tu dia cakap Yahudi ni dah panas dah bila dia ni tak nak ikut cakap yahudi tu....tapi tetap dengan pendirian..Bro dari Malaysia tu memang kental..hati kering..tapi aku tengok semua yang pergi hantar bantuan tu semua kering la...kena bom, kena tembak peluru getah sampai ada yang mati kepala pecah kena peluru getah tu..kena terajang sepak, ikat tangan lagi...masuk lokap, kena bogel, haihhh....besar betul pahala Allah nak bagi kat manusia² yang sanggup meredah tu semua...Insyallah mangsa² yang mati atas kapal Rachel Corrie tu mahupon rakyat Palestine sendiri yang terkorban akibat dari kekejaman rejim zionis israel tu akan ditempatkan di syurga Nya..Amin.

Mari kita berdoa agar Palestine bebas dari cengkaman Zionis Israel, dan pastinya Umat Islam akan menang juga dan tumpaskan umat Yahudi pada akhirnya. Peace no War.