Aku mati muda ketika aku sedang mahsyur!





Kali ini aku akan review tentang artis-artis barat yang pernah satu ketika dahulu mahsyur di serata dunia dan meninggalkan satu legasi budaya muzik dan fesyen terhadap anak-anak muda zaman sekarang. 



1. Elvis Presley (1935-1977)
Raja Rock n Roll ini lahir pada 8 january 1935 di Tupelo, Mississippi, Amerika. Aktiviti seni bermula pada tahun 1954 hingga tahun 1977, kehidupan Elvis mula bermasalah apabila Elvis bercerai dengan isterinya Priscilla pada tahun 1973. Masalah kegemukkan, jiwa tertekan dan masalah kewangan mula mempengaruhi kehidupan Elvis dan Elvis mula menangani masalah ini dengan pelbagai ubat-ubatan serta diet yang keterlaluan. Elvis mati didalam bilik mandinya sendiri di Graceland pada 16 Ogos 1977 dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, dan pada pukul 3pagi dia disahkan meninggal dunia akibat dari serangan jantung berpunca dari masalah dadah, kegemukkan dan jantung yang lemah. Doktor mendapati terdapat 14 jenis dadah berada di dalam darahnya. Dan Elvis meninggal dunia pada umur 42.




2. Sid Vicious (1957-1979)
Dilahirkan sebagai John Simon Ritchie pada 10 May di London, England, Sid Vicious atau dikenali sebagai Sly, memulakan karier muzik punk rock bersama kumpulan Punk Rock lagenda dunia Sex Pistols apabila pengurus band sex pistols Malcolm McLaren mengajak Sid untuk bermain di posisi gitar bass untuk kumpulan itu. 
Era kegemilang Sid bersama Sex Pistols mula pudar apabila datangnya seorang perempuan yang bernama Nancy dalam hidup Sid. Kariernya mula goyah apabila lebih menumpukan perhatian terhadap Nancy sehinggakan ahli-ahli kumpulan lain tidak senang dengan kehadiran Nancy. Selepas kematian Nancy Sid ditahan pihak polis atas tuduhan membunuh Nancy yang dijumpai mati di tikam di apartment mereka. Selepas di tahan Sid pernah cuba untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya selepas dijamin keluar dari lokap.Akhirnya pada 2 Febuari 1979 Sid dijumpai mati di dirumah teman wanita barunya Michelle Robinson akibat dari "deliberate heroine overdose". Dan Sid Vicious hanya berumur 21 tahun pada waktu itu....(ikut tahun Sid 22 la kan hehe..).


3.Jimi Hendrix (1942-1970)
Johnny Allen Hendrix dilahirkan di Seattle, Washington pada 27 November 1942, dibesarkan oleh ibunya dimana bapanya sedang berkhidmat sebagai askar untuk perang dunia ke2. Jimi dihantar duduk bersama saudaranya di Berkeley, California kerana ketika itu ibunya sedang mengalami masalah alkohol (haih xde la yang elok perangai). Apabila perang tamat di Eropah pada tahun 1945, bapanya pulang ke pangkuan Jimi yang masih kecil dan menceraikan isterinya yang masih mabuk todi itu. Bapanya menukar nama Jimi kepada James Marshall Hendrix, pada usia 13 tahun Jimi mula diajar oleh bapanya bermain gitar akustik dan pada tahun 1959 Jimi berhenti sekolah dan mengikuti barisan ketenteraan U.S. Melalui kawannya Curtis Knight, Jimi menemui scene muzik di Greenwich Village dan beliau mula mengorak langkah karier seni di situ. Beliau dijemput ke London untuk menubuhkan kumpulan sendiri setelah bakatnya diketahui oleh Chase Chandler,  dan tertubuhlah band bernama The Jimi Hendrix dimana Jimi sebagai pemain gitar utama dan penyanyi. Pada malam 17 September 1970 di kediaman Jimi di London, Jimi memakan beberapa pil tidur milik teman wanitanya Monika Danneman dan mengalami alergik pada ubat tersebut dan pengsan, tidak lama kemudian Jimi dilihat tidak sedarkan diri kerana tersedak dengan muntahnya sendiri(hurmm...betul ke ni?hehe) Jimi di sahkan mati kerana tidak sedarkan diri setelah beberapa minit kemudian dihospital . Umurnya hanya 27 ketika itu.


4. Kurt D. Cobain (1967-1994)
Kurt Donald Cobain merupakan penyanyi, komposer, pemain gitar utama kumpulan grunge terkenal dunia Nirvana, dilahirkan pada 20 Februari 1967 di Hospital Grays Harbour, Aberdeen California, Kurt Cobain mempunyai latarbelakang muzik yang baik kerana kebanyakkan saudara-saudaranya terlibat didalam dunia seni muzik dan seni lukis dan darah seni itu mengalir ke dalam tubuh Kurt Cobain semenjak beliau berusia 2 tahun lagi apabila Kurt mula menyanyi dan mula menulis lagu ketika berusia 4 tahun. Semasa remaja hidup Kurt agak berserabut, dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan dari situlah Kurt mula bermain gig-gig kecil di tempatnya. Pada Februari 1992 Kurt Cobain telah ke Hawaii untuk mengahwini Courtney Love yang sedang hamil, kemudian pada tahun yang sama Nirvana telah melancarkan album Insecticide. Tidak lama kemudian lahirlah puteri pertama Kurt Cobain, Frances Bean Cobain. Pada 8 April 1994 mayat Kurt Cobain telah dijumpai di kediamannya di Lake Washington oleh seorang juruelektrik yang baru sahaja sampai untuk memasang sistem keselamatan, Cobain dijumpai bersama sekeping nota bunuh diri dan selaras shotgun 20 gauge (senapang untuk memburu itik, burung, ayam belanda) yang dihalakan ke dagunya. Heroine berkepekatan tinggi dan kesan-kesan Valium juga ditemui didalam badannya, dilaporkan bahawa Cobain telah mati sejak 5 April 1994 akibat pengambilan dadah dan tembakan shotgun 20 gauge dari dagu menembusi kepala Cobain. Dan Kurt Donald Cobain Berusia 27 tahun ketika itu.


Info dan sumber berdasarkan google yang aku buat dari web ke web dari bahasa inggeris ke bahasa nepal utara dan banyak yang disingkatkan ceritanya dan dialih bahasa sampai aku pon tak faham akhirnya...kesahihan sebenar kematian rockstar-rockstar ini ada yang pertikaikan dan ada propaganda atas kematian mereka. Jadi aku hanya mengikut kebanyakkan cerita dari media...kesahihan anda perlu cari..yeahh...


Nantikan part 2 tentang review rockstar ini, banyak lagi untuk dikupas dan dikopek untuk tontonan semua...hehe...


Akan datang :

  • John Bonham
  • John Lennon 
  • Jim Morrison 
  • Johnny Ramone 
  • Jerry Garcia
  • and more!



No comments:

Post a Comment

Sikit Juga Kasi Kumen Macha