Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Niat Puasa & Doa Buka Puasa










Photo: rajakereta.com pinjam eh..

Ya, tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kita bertemu semula dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan...

Dalam keadaan yang tidak sihat ni, tiada alasan untuk aku ponteng.. in sha Allah...

Mari selami bulan mulia ini dengan lebih baik dari yang sebelumnya.

Jom puasa!!!!!!!!!


Repost :

Ramadhan kian hampir...masih ingat niat-niat yang perlu kita baca?
Mari kita semak....




Niat Satu Hari : 
 Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Maksud : 
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "


Black Berry Messenger Untuk Android Dan iOS 2013

Wah di kahabarkan pada musim panas ini Blackberry Messenger (BBM) akan mula diguna pakai di platform android dan iOS diseluruh dunia.
"Its time to bring BBM to a greater audience" kata CEO nya Thorsten Heins.

Mungkin dengan adanya pelbagai dan lambakan free chat telefon ke telefon sekarang ini seperti Whatsapp, Wechat, Line, ChatOn dan macam-macam lagi, menyebabkan Blackberry agak kecut perut untuk ketinggalan dan berada di tampoknya sendiri sahaja, satu lagi penambah baikan dari Blackberry yang amat bagus..
Bagi semua penggemar BBM yang menukar telefon mereka ke telefon Android atau Iphone bolehlah on balik BBM anda selepas ini....., so give them a big clap...clapclapclapclapclapclapclap.....wuuhhuuu.....










Info tambahan : Kurang bernasib baik apabila Blackberry memberitahu bahawa Tablet dan Ipad tidak boleh menggunakan aplikasi BBM ini kerana Blackberry ingin mengekalkan tema aplikasi SMARTPHONE dan bukan tablet.

Jadi mari kita tunggu kemunculan aplikasi ini.





info : Flipboard

Ramadhan 1433H/2012M Sudah Hampir....


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Hallo Mate...

Ramadhan kian hampir...masih ingat niat-niat yang perlu kita baca?
Mari kita semak....

Niat Satu Bulan Puasa :
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"





Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika 
ya arhamarrohimin

Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.







.::Pesan Roh Kepada Manusia::.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Beats By Dr. Dre Headphones Aku Pasti Nak Beli


Aku masih mencari headphone terhebat dan sedap dipakai dan diguna,  nah inilah dia.... Beats By Dr.Dre yang sangat memenuhi citarasa penggemar alam musikal sendirian seperti aku....dengan rekabentuk yang mengancam Beats By Dr.Dre memberi anda kepuasan dari segi audio yang hensem, noise isolation design (takde bunyi psssttttsststst), lebih bass dan bunyian vocal yang lebih dalam, dengan pad telinga yang comfort (err aku taktau apa nama yang sebenarnya)hehehe maka penuh dan tertutuplah lubang telinga anda tanpa mendengari apa yang Kak Melah tengah mengumpat kat sebelah... Sangat sesuai untuk music recording kerana bunyi tu sebijik-sebijik je dengar dan sangat detail.

#SketchPertamaTwitter dari @jackdorsey

Ini adalah lakaran pertama twitter sebelum terjadinya yang ada sekarang dan nama nye jugak lain iaitu STAT.US kemudian TWTTR dan akhir sekali TWITTER, laman Twitter pertama itu telah dilancarkan pada May 2006 dan wajahnya agak lain dari sekarang

Jom Main-main dengan Google Search Box!


Pada yang boring-boring online tu meh kita ingat-ingat balik google trick kat search box!
Di search box Google cuba anda taip " let it snow " dan tekan ENTER
Di Screen monitor anda akan keluar salji...dan untuk hentikan tekan " defrost "
Boleh cuba ayat lain seperti
• tilt & askew = screen monitor anda akan senget
• recursion = akan keluar Did you mean : recursion? walaupon ejaannya adalah betul dan sama :p
• taip perkataan Gravity dan pilih link yang pertama sekali = Jaga-jaga nanti semua roboh!
• taip darkart google dan pilih link yang pertama...pergi ke logo GOOGLE dan huruf OO akan hilang
• taip Google Loco | Google 1337 | Google Gothic |  ewmew fudd | xx- piglatin dan pilih link yang pertama anda akan ke page yang lain / bahasa yang lain  untuk Google search. (nak lagi senang Off kan dahulu Google Instant predictions di search setting. dan tekan im feeling lucky sahaja :>
ada lagi try lah 


• backwords google
• blackle
• googoth
• easter google
• google my way
mungkin ada yang dah tak berapa nak function hehehe...

nak tukar nama Google ke nama anda di serach page? pergi ke www.goglogo.com  dan tukarlah!

Yeay!!!

BlackBerry Tips and Tricks

Tips And Tricks

Blackberry anda lembab? slow? siput? disini aku sediakan beberapa tips yang mungkin anda dah tahu...so kepada sesiapa yang belum tahu boleh try salah satu tips ini ok 

• Clear kan Event Log anda (Clear Event Log)
Ini adalah data-data aktiviti yang anda lakukan di BB anda jadi kita perlu clearkan untuk meringankan BB anda caranya, '

• Tekan kekunci Alt dan taip LGLG (jangan lepaskan butang Alt)
ini akan membawa anda ke Phone Log anda
kemudian tekan butang BB anda (yang ada logo BB tu)
dan pergi ke "CLEAR LOG"
dan anda dah ringankan beban BB anda

• Memory Cleaning
Pergi ke setting / Option
Kemudian pergi ke Security Options
Pilih Advanced Security Options
Cari Memory Cleaning dan pilih
Tekan Butang Logo BB select Clean Now
tunggu proses cleaning dan siap!

• Buang Application yang tidak perlu
pergi ke Options / Setting
select Applications
pilih Application mana nak delete
tekan logo BB anda dan delete
kemudian Restart BB anda.

• Tutup applications yang tidak digunakan kerana ia akan 
menggunakan memory yang agak banyak, tekan logo BB anda 3 saat
menu akan keluar dan anda hanya perlu close kan apps tersebut.

• Ok ini saja buat masa ni yang aku ingat ada yang lain pon aku dah lupa hehehe...nanti aku update lah lagi ok!!!!